Alhamdulillah, sekiranya diizinkan Allah SWT, aku sekeluarga akan memasuki rumah baru awal Febuari ini. Kos memasuki rumah baru....hmmmmm....seperti yang dijangkakan, ianya melibatkan wang yang amat...amat...amat...banyak. Setelah berbincang dengan Encik Abe, kami sepakat untuk menambahkan lagi hutang...hurrmmmm.....semata-mata untuk mendapatkan kediaman yang chanteeekkkk.....tak mengapalah....apalah gunanya aku dan Encik Abe bekerja berhempas pulas siang malam pagi petang kalau tidak dapat menikmati kehidupan kami sekeluarga dengan rasa aman...damai...dan bahagia...syukur Ya Allah, atas nikmat dan limpah kurnia-Mu pada aku.
Aku berharap, dengan keadaan yang serba serbi baru ini, akan dapat meningkatkan lagi rasa syukurku pada Penciptaku...Tuhan Yang Satu.
Semoga rasa syukur ini sentiasa ada di hatiku...